Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Seorang Lelaki Rampas 2 000 Pil Kuda 20140619

Published: 19 Jun 2014 1.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Bharu, 7 Feb - Polis menahan seorang lelaki bersama 2,000 biji pil dipercayai pil kuda di Kampung Merbau Chondong, Pulai Chondong, Machang, semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-seorang-lelaki-rampas-2-000-pil-kuda-20140619
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:29 MYT

Kota Bharu, 7 Feb - Polis menahan seorang lelaki bersama 2,000 biji pil dipercayai pil kuda di Kampung Merbau Chondong, Pulai Chondong, Machang, semalam.

Ketua Polis Daerah Machang DSP Che Malek Bedot berkata dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, enam anggota Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Machang yang membuat rondaan telah terserempak dengan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota berkenaan telah mengarahkan kereta yang dinaiki suspek berhenti untuk pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan, pihak polis menemui satu bungkusan plastik berwarna hitam di dalam 'dashboard' hadapan kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Che Malek berkata pemeriksaan lanjut terhadap plastik tersebut terdapat 2,000 biji pil yang dipercayai pil kuda.

Beliau berkata suspek berusia 28 tahun itu bertindak ganas dan cuba melarikan diri setelah pihak polis menemui pil berkenaan.

"Ketika suspek cuba melarikan diri, berlaku pergelutan menyebabkan seorang anggota polis cedera di tangan ketika menahannya.

Che Malek berkata ujian air kencing menunjukkan suspek positif methamphetamine dan direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM