Artikel
Polis Tahan Seorang Lelaki Dipercayai Pindah Wang Pekerja Asing Tanpa Kebenaran
Johor Baharu, 7 April 2016 - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan lapan kes pemindahan wang tanpa kebenaran daripada akaun pekerja warg...
Johor Baharu, 7 April 2016 - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan lapan kes pemindahan wang tanpa kebenaran daripada akaun pekerja warga asing di mesin pengeluaran wang tunai automatik (ATM) dekat Pasir Gudang tiga hari lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor (JSJK) ACP Mah Khye Beng berkata suspek yang berusia 24 tahun itu ditahan di rumahnya dekat Pasir Gudang hasil risikan pihak polis.
"Pada pertengahan bulan lepas, pihak kami telah menerima lapan laporan berkaitan kes pemindahan wang daripada akaun-akaun mangsa yang berlainan ke akaun pihak ketiga di sebuah bank di Pasir Gudang, Seri Alam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mah, suspek melakukan pemindahan wang ke akaun pihak ketiga yang dikenalinya tanpa disedari pekerja asing yang menjadi mangsa.
Hasil siasatan lanjut mendapati suspek mendampingi kesemua mangsa pada masa dan hari yang berlainan dengan menawarkan bantuan untuk urusan pengeluaran wang di ATM bank terlibat.
Mah berkata kesemua mangsa yang merupakan pekerja warga asing telah membuat urusan pengeluaran wang di mesin ATM, didapati telah kerugian sebanyak RM8,601,06.
Katanya suspek direman sejak dua hari lepas dan dijangka disambung ke satu tarikh yang akan ditetapkan.
Beliau berkata polis turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran dan bantuan oleh mana-mana individu yang tidak dikenali ketika membuat urusan pengeluaran wang di mesin ATM.
Katanya, pihak majikan yang menggajikan pekerja asing juga dicadangkan supaya memberi tunjuk ajar kepada pekerjanya berkaitan kaedah pengeluaran wang menerusi ATM.
"Orang ramai diminta memberi kerjasama tampil memberikan maklumat kepada pihak polis jika terdapat individu yang mencurigakan di mana-mana kios ATM," katanya.
Mah berkata sebarang maklumat boleh disalurkan ke JSJK di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau balai berhampiran.- BERNAMA