Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Seorang Lelaki Bersama Peluru

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.34 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Kuala Lumpur, 25 Sept - Polis menahan seorang lelaki selepas didapati memiliki satu kelopak peluru dan 15 butir peluru 9mm dalam Ops Cantas Khas di Jalan Seri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini hari in..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-seorang-lelaki-bersama-peluru
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:39 MYT

Kuala Lumpur, 25 Sept - Polis menahan seorang lelaki selepas didapati memiliki satu kelopak peluru dan 15 butir peluru 9mm dalam Ops Cantas Khas di Jalan Seri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Abd Jalil Hasan berkata suspek yang berumur 25 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Seri Sentosa kira-kira 12.15 tengah hari tadi.

"Setelah membuat pemeriksaan di dalam kereta jenis Toyota Vios milik suspek, kami menjumpai satu kelopak peluru pistol dipercayai jenis Baretta berserta 15 butir peluru hidup," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Beliau berkata pihaknya sedang menyiasat sama ada kes itu mempunyai kaitan dengan kongsi gelap.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 yang boleh membawa hukuman 14 tahun penjara dan disebat tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan, katanya.

Operasi selama tiga jam setengah bermula pukul 9 pagi itu disertai oleh 16 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Brickfields, Balai Polis Seri Sentosa dan Bukit Aman.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.34 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM