Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Seorang Individu Sembunyi Pistol Bawah Tong

Diterbitkan: 04 Mar 2018 4.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan seorang lelaki, 30, dan merampas sepucuk Revolver .38 dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit, Silabukan, Lahad Datu, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-seorang-individu-sembunyi-pistol-bawah-tong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:08 MYT

Polis menahan seorang lelaki, 30, dan merampas sepucuk Revolver .38 dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit, Silabukan, Lahad Datu, semalam.

Menurut sumber, bertindak atas maklumat, sepasukan polis menemui sepucuk pistol yang disembunyikan di bawah tong berhampiran sebuah rumah kongsi di ladang berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut turut menemui enam butir peluru hidup .38 mm yang diletakkan di bawah tong yang sama.

"Susulan penemuan itu, polis menyerbu sebuah rumah terletak kira-kira 50 meter dari lokasi senjata api yang ditemui," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber berkata, ketika serbuan dijalankan pada 1.30 tengah hari, berlaku sedikit bergelutan sebelum suspek berjaya diberkas.

"Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Balai Polis Lahad Datu untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian, berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960," katanya.

Bacaan lanjut di https://www.hmetro.com.my/…/ditahan-sembunyi-pistol-bawah-t…

ArtikelDiterbitkan 04 Mar 2018 4.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM