Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Sembilan Pati Warga Kemboja Di Tok Bali

Published: 18 Jun 2014 12.55 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Kota Bahru, 11 Sept - Polis menahan sembilan pendatang tanpa izin (Pati) dari Kemboja yang dipercayai baru sahaja diseludup masuk melalui jalan laut di Tok Bali, Pasir Puteh hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-sembilan-pati-warga-kemboja-di-tok-bali
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:57 MYT

Kota Bahru, 11 Sept - Polis menahan sembilan pendatang tanpa izin (Pati) dari Kemboja yang dipercayai baru sahaja diseludup masuk melalui jalan laut di Tok Bali, Pasir Puteh hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kesemua mereka ditahan di sebuah pasar pada 11.30 pagi oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh.

"Kesemua lelaki itu berusia antara 20 dan 32 tahun dan ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah. Mereka sedang menunggu seseorang yang dipercayai ejen sindiket untuk membawa mereka ke destinasi lain.

"Mereka dibawa ke Balai Polis Cherang Ruku, Pasir Puteh untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini.

Kesemua Pati itu ditahan hasil risikan Unit Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 12.55 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM