Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Remaja Terlibat Curi Motosikal

Diterbitkan: 24 Apr 2015 10.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 24 April - Polis menahan seorang remaja dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri motosikal dalam satu pemeriksaan di tepi jalan di Batu 3 Jalan Gambang arah Kuantan dekat sini petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-remaja-terlibat-curi-motosikal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:22 MYT


Kuantan, 24 April - Polis menahan seorang remaja dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri motosikal dalam satu pemeriksaan di tepi jalan di Batu 3 Jalan Gambang arah Kuantan dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata remaja berusia 19 tahun itu ditahan oleh anggota polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Kuantan dengan bantuan anggota Unit Rondaan Jenayah Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuantan pada pukul 6 petang.

"Suspek 19 tahun ditahan ketika menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah dan hasil pemeriksaan polis mendapati nombor casis motosikal tersebut terdapat kesan gangguan dan dipercayai palsu.

"Suspek yang juga didapati positif dadah jenis Amphetamine kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu katanya dalam kes berasingan, polis juga berjaya menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai terlibat dalam aktiviti penagihan dadah tengah hari semalam.

Abdul Aziz berkata suspek ditahan pada pukul 12 tengah hari di kawasan Perkampungan Seri Damai dekat Jaya Gading di sini.

Katanya hasil pemeriksaan suspek didapati positif dadah, memiliki empat rekod jenayah lampau dan mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.

"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 24 Apr 2015 10.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM