Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Rakyat Uganda Seludup Dadah

Diterbitkan: 16 Jun 2014 1.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seorang wanita Uganda yang dipercayai cuba menyeludup dadah bernilai RM750,000 ke negara ini ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di sini Khamis lepas..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-rakyat-uganda-seludup-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:02 MYT
GEORGE TOWN, 13 Sept 2010 (Bernama) -- Seorang wanita Uganda yang dipercayai cuba menyeludup dadah bernilai RM750,000 ke negara ini ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di sini Khamis lepas.

Wanita berusia 56 tahun itu ditahan pada kira-kira pukul 11.30 malam ketika membawa bagasi berjalan keluar dari balai ketibaan lapangan terbang itu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Tun Hisan Tun Hamzah berkata operasi polis itu dibuat berikutan maklumat yang diperoleh daripada polis di Bangkok yang menahan seorang rakyat Afrika tiga hari sebelum penahanan wanita itu dibuat.

"Hasil pemeriksaan ke atas bagasi yang berwarna hitam itu, kami menemui satu bungkusan dadah syabu seberat tiga kilogram tersorok di bahagian bawah beg yang telah diubahsuai dan dilindungi dengan helaian baju," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Tun Hisan berkata siasatan polis juga mendapati wanita itu telah tiga kali memasuki negara ini.

"Kami percaya sebelum ini suspek masuk ke negara ini bagi memantau keadaan keselamatan. Wanita itu direman sehingga 16 Sept untuk membantu siasatan," katanya.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 1.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM