
UBAH SUAI KERETA SELUDUP PETROL : Cubaan seorang lelaki menyeludup 750 liter petrol RON95 bernilai RM 1,500 ke Thailand tidak kesampaian apabila berjaya ditahan polis di Kampung Bator, Bachok semalam.
KPD Bachok, DSP Abdul Rahim Che Ghani berkata, pihaknya terpaksa mengejar lelaki tersebut yang menggunakan kereta jenis Proton Wira Aeroback bercermin gelap sebelum berjaya menemui 25 tong berisi 30 liter minyak yang disusun di tempat duduk belakang yang diubah suai.
Sumber : Akhbar Kosmo