Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Pensyarah Wanita Warga Asing Disyaki Miliki Dadah

Published: 16 Jun 2014 2.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan seorang pensyarah wanita warga asing di dalam sebuah bas ekspres menghala arah selatan berhampiran plaza tol Seremban di sini awal pagi semalam, selepas menemui 12 kilogram dadah jenis k..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-pensyarah-wanita-warga-asing-disyaki-miliki-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:11 MYT
SEREMBAN, 28 Nov -- Polis menahan seorang pensyarah wanita warga asing di dalam sebuah bas ekspres menghala arah selatan berhampiran plaza tol Seremban di sini awal pagi semalam, selepas menemui 12 kilogram dadah jenis kanabis padanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan DSP Yahaya Othman berkata wanita berusia 51 tahun yang merupakan pensyarah sebuah kolej swasta di Cheras itu ditahan pada kira-kira pukul 5.30 pagi.

Beliau berkata selepas dipintas, polis yang memeriksa bas itu menjumpai 12 ketulan plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis kanabis dipercayai milik wanita berkenaan, yang dianggar bernilai RM50,000.

Bercakap kepada pemberita dalam satu persidangan media di Ibupejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini beliau berkata wanita itu didapati memasuki Malaysia pada 10 Oktober lepas.

Yahya berkata wanita itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan, dan polis sedang menyiasat sekiranya wanita itu mempunyai kaitan dengan kumpulan pengedar dadah di Seremban dan Lembah Klang.
ArticlePublished 16 Jun 2014 2.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM