Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Penjenayah Dikehendaki Di Kuantan

Diterbitkan: 06 May 2015 2.04 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 6 Mei - Seorang lelaki yang dikehendaki ditahan dalam pemeriksaan berhampiran bangunan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-penjenayah-dikehendaki-di-kuantan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:48 MYT

Kuantan, 6 Mei - Seorang lelaki yang dikehendaki ditahan dalam pemeriksaan berhampiran bangunan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata lelaki berusia 34 tahun itu dikehendaki bersabit kesalahan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata suspek ditahan kira-kira pukul 3 pagi oleh anggota pasukan khas Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Dalam kes berasingan, polis menahan dua lelaki dipercayai penagih dadah diKampung Pandan 2 di sini pukul 3 petang semalam.

Abdul Aziz berkata suspek yang berusia 20 dan 36 tahun itu disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dan telah dihantar ke lokap IPD Kuantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Penagihan Dadah.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 06 May 2015 2.04 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM