Polis Tahan Pengendali Sarawak Update
Kuching, 15 Januari 2017 - Seorang lelaki yang mendakwa menjadi pengendali Facebook Sarawak Update tampil di pusat sehenti polis di sini pada 10.30 pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Dato' Dev Kumar berkata lelaki berumur 45 tahun itu kemudian ditahan dan telefon bimbitnya dirampas untuk siasatan lanjut.
Satu laporan dibuat di Mukah semalam mengenai status yang dimuat naik di laman berkenaan yang didakwa menghina seorang menteri negeri dan kaum tertentu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
- BERNAMA