Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Penganggur Larikan Remaja Khamis Lalu

Published: 29 Sep 2016 1.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek utama melarikan pelajar tingkatan tiga, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, di Bandar Tun Hussein Onn pada Khamis lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-penganggur-larikan-remaja-khamis-lalu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:13 MYT

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek utama melarikan pelajar tingkatan tiga, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, di Bandar Tun Hussein Onn pada Khamis lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 petang itu, suspek berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Blok A, Taman Koperasi Maju Jaya, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata, pemeriksaan lanjut ke atas lelaki tersebut turut mendapati suspek terlibat dalam kes samun di Batu 9 di sini Sabtu lalu.

Ujarnya, turut ditemukan sebilah parang berukuran 55 sentimeter, topi keledar, sebuah motosikal, serangkai anak kunci dan satu beg sandang milik suspek yang mengandungi satu kad pengenalan dan sebuah telefon bimbit milik mangsa samun.

Hasil soal siasat polis dengan suspek telah menahan seorang lagi lelaki warga Indonesia hari ini di sebuah rumah di kawasan Minang Ria, Taman Minang, Batu 9 di sini kerana terlibat membeli barangan curi hasil aktiviti jenayah yang dilakukan suspek.

Sumber: Utusan Malaysia

Polis Tahan Penganggur Larikan Remaja Khamis Lalu
ArticlePublished 29 Sep 2016 1.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM