Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Penganggur Disyaki Cabul Kanak Kanak

Published: 31 Jul 2017 3.03 AM Updated: 15 Aug 2026 6.32 PM
Kuching, 31 Julai 2017 - Polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang disyaki mencabul kanak-kanak di Kampung Tambirat, Asajaya, kira-kira 35 kilometer dari sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-penganggur-disyaki-cabul-kanak-kanak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:00 MYT

Kuching, 31 Julai  2017 - Polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang disyaki mencabul kanak-kanak di Kampung Tambirat, Asajaya, kira-kira 35 kilometer dari sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata lelaki yang tidak bekerja itu ditangkap susulan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 42 tahun mendakwa isterinya mendapati bahagian sulit anak perempuan mereka yang berusia setahun tujuh bulan lebam.

Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa seorang lagi anak perempuan mereka yang berusia lima tahun tujuh bulan memberitahu isterinya yang suspek menciumnya serta diminta melakukan perbuatan seksual.

Susulan itu, polis menahan suspek yang juga saudara jauh keluarga berkenaan dan dia kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 14 (a) dan (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, katanya.

“Mereka yang disabitkan kesalahan menurut seksyen ini boleh dipenjarakan tidak lebih 20 tahun serta boleh disebat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. 

Dev Kumar berkata ini merupakan kes kedua direkodkan di Sarawak selepas akta baharu itu diluluskan Parlimen pada April lalu.

-- BERNAMA

 

ArticlePublished 31 Jul 2017 3.03 AMUpdated 15 Aug 2026 6.32 PM