Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Pemuda Guna Nombor Pendaftaran Palsu

Diterbitkan: 08 Jun 2016 3.22 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.26 PM
Kononnya mahu mencantikkan nombor pendaftaran kenderaan, seorang lelaki berusia 25 tahun menerima padah apabila dia dikenakan tindakan atas kesalahan penggunaan nombor pendaftaran palsu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-pemuda-guna-nombor-pendaftaran-palsu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:05 MYT

Kononnya mahu mencantikkan nombor pendaftaran kenderaan, seorang lelaki berusia 25 tahun menerima padah apabila dia dikenakan tindakan atas kesalahan penggunaan nombor pendaftaran palsu.

Suspek yang berasal dari Pulau Pinang itu ditahan dalam Op Pelbagai Kesalahan diketuai DSP Faizal Razali bersama 12 pegawai dan 16 anggota di Kuala Lumpur.

Lelaki itu ditahan selepas pemeriksaan polis mendapati dia mengubah nombor '1' kepada abjad 'i' dengan alasan mahu mencantikkan nombor pendaftaran Honda Jazz yang dipandunya.

Sumber: Harian Metro

Polis Tahan Pemuda Guna Nombor Pendaftaran Palsu
ArtikelDiterbitkan 08 Jun 2016 3.22 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.26 PM