Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Pemandu Lori Rampas Dadah Bernilai Rm171 000

Published: 13 May 2016 5.31 AM Updated: 15 Aug 2026 7.28 PM
Ipoh, 13 Mei 2016 - Polis menahan seorang pemandu lori dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM171,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Pasir Puteh, di sini, Rabu lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-pemandu-lori-rampas-dadah-bernilai-rm171-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:04 MYT
Ipoh, 13 Mei 2016 - Polis menahan seorang pemandu lori dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM171,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Pasir Puteh, di sini, Rabu lepas. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Abdul Latiff Mehat berkata dadah yang dirampas dalam serbuan pada pukul 7.30 malam itu terdiri daripada 2.7 kilogram heroin, 59 gram methamphetamine serta tiga batang pokok ganja.

Abdul Latiff berkata dadah itu yang dijumpai di rumah sewa lelaki berusia 28 tahun itu dipercayai untuk diedar di sekitar negeri ini dan boleh dibekalkan kepada kira-kira 2,400 penagih.

"Turut dirampas sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback serta dua buah motosikal dengan nilai anggaran keseluruhan berjumlah RM22,500," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Menurutnya suspek yang berasal dari Klang, Selangor itu bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Katanya hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.- BERNAMA
ArticlePublished 13 May 2016 5.31 AMUpdated 15 Aug 2026 7.28 PM