Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Pelajar Nigeria Seludup 18kg Ganja

Diterbitkan: 16 Jun 2014 6.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
JITRA, 11 Mei (Bernama) -- Polis berjaya menahan seorang pelajar lelaki warga Nigeria dan merampas 18 kilogram ganja dalam operasi di kawasan Lye Huat Garden dekat sini Selasa...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-pelajar-nigeria-seludup-18kg-ganja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:52 MYT
JITRA, 11 Mei (Bernama) -- Polis berjaya menahan seorang pelajar lelaki warga Nigeria dan merampas 18 kilogram ganja dalam operasi di kawasan Lye Huat Garden dekat sini Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah Supt Baharom Othman berkata suspek berusia 22 tahun itu ditahan pada 9.30 malam ketika berjalan menghala ke sebuah bas ekspres di kawasan itu.

"Suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan antara suspek dan polis sebelum suspek berjaya ditahan.

"Hasil pemeriksaan dalam beg yang dibawa suspek mendapati terdapat 18 ketulan mampat tumbuhan kering yang dipercayai ganja seberat 18 kilogram dan hasil pemeriksaan ujian air kencing suspek bebas dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kubang Pasu di siniRabu.

Baharom berkata suspek merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur dipercayai menjadi keldai dadah kepada satu sindiket di ibu negara yang mendapatkan dadah dari negara jiran.

"Suspek masuk ke negara jiran melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam pada 21 Mac lalu dan tiada rekod masuk semula ke negara ini dilaporkan dan berkemungkinan suspek melalui lorong tikus untuk masuk semula ke negara ini," katanya.

Beliau berkata suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, katanya.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 6.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM