Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Pasangan Suami Isteri Edar Dadah

Published: 01 Dec 2015 4.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Kelantan berjaya menahan sepasang suami isteri yang dipercayai mengedar pil kuda di sekitar Bedang, di Kota Bharu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-pasangan-suami-isteri-edar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:39 MYT

Polis Kelantan berjaya menahan sepasang suami isteri yang dipercayai mengedar pil kuda di sekitar Bedang, di Kota Bharu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Supt. Mit Emong berkata, pihaknya yang menyerbu rumah pasangan terbabit pada jam 2.30 petang telah menemui 1,100 biji pul kuda dengan anggaran berat kasar 110 gram bernilai RM27,500.

Siasatan lanjut terhadap suspek mendapati suaminya positif dadah jenis amphetamine dan ada dua rekod jenayah dadah di masa lampaunya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Utusan Malaysia

Polis Tahan Pasangan Suami Isteri Edar Dadah
ArticlePublished 01 Dec 2015 4.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM