Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lima Suspek Termasuk Mangsa Dalam Kes Culik Pals

Published: 16 Jun 2014 12.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
SHAH ALAM, 19 Ogos (Bernama) -- Polis menahan lima suspek termasuk seorang 'mangsa' yang dipercayai terbabit dalam kes merancang penculikan palsu dengan memperdaya keluarga 'mangsa' untuk membayar sej..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lima-suspek-termasuk-mangsa-dalam-kes-culik-pals
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:33 MYT

SHAH ALAM, 19 Ogos 2010 -- Polis menahan lima suspek termasuk seorang "mangsa" yang dipercayai terbabit dalam kes merancang penculikan palsu dengan memperdaya keluarga "mangsa" untuk membayar sejumlah wang tebusan pada 7 Ogos lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Omar Mamah berkata kes berkenaan bermula apabila seorang gadis berusia 17 tahun yang menuntut di Lembah Klang mendakwa kepada keluarganya di sebuah negara di Timur Tengah bahawa dia telah diculik oleh sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai polis di sebuah restoran di kawasan Ampang pada 30 Julai lepas.

Beliau berkata mangsa bersekongkol dengan suspek dengan meminta anggota keluarganya membayar wang tebusan sebanyak RM100,000 kononnya bagi membebaskannya.

"Keluarga mangsa dikatakan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang mengatakan seorang ahli keluarga mereka berusia 17 tahun telah diculik.

"Sebagai tebusan, suspek terbabit meminta keluarga mangsa menyediakan wang tunai berjumlah RM100,000, bagaimanapun ia dikurangkan sehingga RM5,000 selepas beberapa perundingan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini Khamis.

Omar berkata kesemua suspek yang berasal dari negara jiran dan berumur 24 hingga 29 tahun berjaya ditangkap pada 7 Ogos lepas sebaik "mangsa" dibebaskan pada hari yang sama.

"Hasil siasatan mendapati mangsa merancang bersama suspek membuat panggilan kepada anggota keluarga mangsa di Malaysia dan Timur Tengah dengan memperdaya mereka membayar wang tebusan ke dalam beberapa akaun bank di Kuala Lumpur," katanya yang menambah suspek dan mangsa kenal antara satu sama lain.

Omar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen.

ArticlePublished 16 Jun 2014 12.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM