Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lima Suspek Dan Rampas Dadah Bernilai Rm33 000 Di Kuala Terengganu

Published: 04 Jun 2015 10.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 4 Jun- Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dijalankan kumpulan ‘Geng Benjo’ yang bergerak aktif di daerah ini dengan penahanan lima lelaki dalam dua serbuan berasingan di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lima-suspek-dan-rampas-dadah-bernilai-rm33-000-di-kuala-terengganu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:17 MYT

Kuala Terengganu, 4 Jun- Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dijalankan kumpulan ‘Geng Benjo’ yang bergerak aktif di daerah ini dengan penahanan lima lelaki dalam dua serbuan berasingan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar berkata dalam serbuan itu polis menahan suspek yang berusia 24 hingga 39 tahun termasuk ketua kumpulan itu dengan merampas dadah jenis heroin dan pil kuda yang bernilai kira-kira RM33,000.

Katanya bertindak hasil maklumat sepasukan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Titian Kulat Gong Badak dan sebuah lagi rumah di Kampung Ladang Sekolah.

"Dalam serbuan di Kampung Titian Kulat Gong Badak pukul 12 tengah hari semalam polis menahan seorang pemandu lori berusia 39 tahun, merampas dadah jenis heroin seberat 22.47 gram dan satu 198 biji pil kuda," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Katanya susulan tangkapan itu pihaknya telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Ladang Sekolah dan berjaya memberkas empat lagi suspek di rumah berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

"Hasil pemeriksaan kita menemui 40 botol serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin 197.10 gram, serta 1,993 biji pil kuda seberat 211.05 gram," katanya.

Kesemua mereka kini ditahan reman sehingga 10 Jun ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.- BERNAMA

 
ArticlePublished 04 Jun 2015 10.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM