Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lima Lelaki Leka Berjudi Siber

Published: 18 Aug 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan lima lelaki yang leka bermain judi siber dalam serbuan di sebuah premis di Tanjung Minyak di sini, lewat petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lima-lelaki-leka-berjudi-siber
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:36 MYT

Melaka, 18 Ogos - Polis menahan lima lelaki yang leka bermain judi siber dalam serbuan di sebuah premis di Tanjung Minyak di sini, lewat petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Kamaluddin Kassim berkata tiga lelaki yang dipercayai penjaga premis tersebut turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 6 petang itu.

"Semua suspek yang ditahan berusia antara 16 dan 36 tahun. Polis turut merampas 38 unit komputer serta wang tunai berjumlah RM519," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, dalam satu serbuan berasingan di sebuah premis yang dijadikan pusat perjudian siber di Batu Berendam di sini pukul 1 pagi tadi, polis menahan seorang lelaki dipercayai penjaga premis tersebut.

"Polis turut merampas tujuh komputer yang dipercayai digunakan bagi perjudian siber di premis tersebut," katanya.

Kedua-dua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - BERNAMA

ArticlePublished 18 Aug 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM