Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lima Anggota Sindiket Curi 51 Kereta Mewah Berni

Diterbitkan: 16 Jun 2014 5.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Polis menahan lima anggota sindiket curi kereta yang mengaku terbabit dalam 51 kes curi kenderaan mewah bernilai RM12.6 juta di Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Kelantan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lima-anggota-sindiket-curi-51-kereta-mewah-berni
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:10 MYT

SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Polis menahan lima anggota sindiket curi kereta yang mengaku terbabit dalam 51 kes curi kenderaan mewah bernilai RM12.6 juta di Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Kelantan, dalam beberapa serbuan sekitar sini antara 17 April hingga Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata semua lelaki yang berumur antara 27 dan 48 tahun itu ditahan dalam Ops Lejang Mewah sejak tiga bulan lepas.

Beliau berkata semasa disoal siasat suspek mengaku terbabit dalam kes curi 23 buah Toyota Estima, Toyota Camry (10), Toyota Harrier (9), Toyota Alphard (2), BMW X6 (4), serta masing-masing sebuah BMW X5, BMW 525 dan BMW S Class, yang dibawa ke Thailand untuk dijual.

Menurutnya sindiket itu mempunyai rangkaian antarabangsa dan dipercayai aktif sejak tahun lepas, menjadikan kereta mewah yang diletakkan di hotel, pasaraya dan tempat letak kereta tepi jalan sebagai sasaran.

"Berdasarkan siasatan, kami difahamkan sindiket itu akan menerima tempahan dari sindiket luar negara mengenai jenis kenderaan yang dikehendaki dan sindiket di sini akan berusaha mendapatkannya," katanya pada persidangan media di sini.

Tun Hisan berkata polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk mencuri kereta, nombor plat, kunci kereta, drill, pemotong wayar, kikir besi, playar, pemutar skru, spanar, pengesan arus elektrik dan kabel.

Katanya suspek didapati bergerak dalam kumpulan dan merancang dengan teliti bagi memastikan kenderaan yang dicuri dapat dibawa keluar negara dalam masa yang singkat.

Beliau berkata dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau iaitu curi kenderaan dan lari dari pusat pemulihan akhlak, dan menurutnya polis sedang berusaha mengesan beberapa lagi saki baki anggota sindiket itu.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 5.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM