Polis Tahan Lelaki Selepas Intip Sejam
Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal curi membawa padah apabila dia bukan saja ditahan kerana memiIiki kenderaan itu, malah identitinya sebagai pengedar dadah juga terbongkar dalam operasi khas cegah jenayah di Jalan Beserah, Kuantan, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 2 petang itu disedari anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan diketuai DSP Mohd Zaidi Mat Zin yang melakukan pemantauan dan pemeriksaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, polis melakukan pemeriksaan rambang terhadap motosikal Yamaha 135LC sebelum mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang di daerah ini tahun lalu.
Sumber : Harian Metro