Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Ragut Rantai Leher

Published: 17 Jun 2014 7.47 AM Updated: 15 Aug 2026 7.45 PM
Kuantan, 17 Julai - Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang meragut rantai seorang wanita berusia 40 tahun di Jalan Wong Ah Jang, di sini hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-ragut-rantai-leher
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:53 MYT

Kuantan, 17 Julai - Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang meragut rantai seorang wanita berusia 40 tahun di Jalan Wong Ah Jang, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 10.05 pagi itu, mangsa berjalan kaki sendirian sebelum dihampiri dua lelaki berusia lingkungan 20-an yang menaiki sebuah motosikal.

Suspek kemudian meragut rantai leher yang dipakai mangsa namun semasa melarikan diri motosikal yang dinaiki suspek terjatuh dan seorang daripadanya berjaya ditangkap orang awam.

"Seorang lagi suspek berjaya meloloskan diri dan polis kini giat memburu suspek terbabit," katanya kepada pemberita di sini.

Wanita berkenaan katanya hanya mengalami kecederaan ringan. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.47 AMUpdated 15 Aug 2026 7.45 PM