Polis Marin Tahan Tujuh Pendatang Asing Di Perairan Sandakan
Sandakan,
17 Julai - Polis Marin Sandakan menggagalkan cubaan tujuh pendatang
tanpa izin masuk ke negara ini selepas menahan bot pam yang mereka naiki
di perairan berhampiran Pulau Nunuyan dekat sini hari ini.
Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah DSP Husaini Zainal Abidin berkata lima yang ditahan itu adalah lelaki dan dua lagi wanita, kesemuanya warga Filipina berusia 24 hingga 56 tahun.
Katanya
bot ronda polis marin menahan dua bot pam ketika melakukan rondaan
keselamatan dan membanteras jenayah di bawah Ops Pensura di perairan itu
pada pukul 12.20 pagi.
Terdapat
lapan orang menaiki bot pam tersebut dan hanya seorang lelaki memiliki
pasport, manakala tujuh lagi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,
katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata sebanyak 2,000 bungkus rokok seludup turut ditemui di dalam sebuah daripada bot pam itu.
Husaini
meminta orang ramai khususnya penduduk di pesisir pantai dan nelayan
menyalurkan maklumat kepada pihaknya mengenai kegiatan jenayah yang
berlaku di kawasan laut, sungai serta pesisir pantai dengan menghubungi
talian 089-221423/ 221424/ 221453.
Sumber : BERNAMA