Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Penyokong Militan Daesh Ugut Bunuh Seri Paduka

Published: 20 Jul 2018 1.05 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur - Seorang lelaki tempatan disyaki penyokong kumpulan militan Daesh yang sebelum ini mengugut untuk membunuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V serta pemimpin negara akhirnya ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-penyokong-militan-daesh-ugut-bunuh-seri-paduka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:22 MYT

Kuala Lumpur - Seorang lelaki tempatan disyaki penyokong kumpulan militan Daesh yang sebelum ini mengugut untuk membunuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V serta pemimpin negara akhirnya ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Suspek berusia 34 tahun adalah seorang daripada tujuh individu, termasuk seorang wanita ditahan dalam operasi dijalankan PDRM antara 12 Julai lalu hingga kelmarin di Johor, Perak, Terengganu dan Selangor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek seorang penganggur ditahan Selasa lalu di Skudai, Johor.

Katanya, sebelum ini, suspek pernah memuat naik satu posting di laman sosial mengugut untuk membunuh Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Sumber- Berita Harian

ArticlePublished 20 Jul 2018 1.05 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM