Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Miliki Motosikal Curi

Published: 08 Apr 2015 1.48 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUANTAN, 8 April - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memiliki sebuah motosikal curi setelah melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Pelindung di sini pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-miliki-motosikal-curi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:09 MYT

 

KUANTAN, 8 April - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memiliki sebuah motosikal curi setelah melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Pelindung di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, sebaik menyedari sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis, lelaki berusia 27 tahun itu cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal secara melawan arus menghala ke bandar Kuantan.

"Dalam kejadian pukul 4.20 pagi itu, suspek yang cuba melarikan diri ke arah bandar Kuantan bagaimanapun berjaya ditahan polis di hadapan sebuah kawasan perumahan di Bukit Pelindung tidak lama selepas itu.

"Hasil siasatan mendapati motosikal yang ditunggangnya dilaporkan hilang di Balai Polis Chukai di Kemaman awal tahun ini," katanya hari ini.

Beliau berkata, selain itu pemeriksaan turut mendapati suspek terbabit dikehendaki polis dalam satu kes berkaitan penyalahgunaan dadah di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kini suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 08 Apr 2015 1.48 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM