Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Menyamar Ejen Bola Sepak

Published: 20 Feb 2018 2.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuantan, 20 Februari 2018 - Polis hari ini menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya ejen bola sepak dengan menipu seorang pemain bola sepak melibatkan kerugian berjumlah RM3,000, minggu lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-menyamar-ejen-bola-sepak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:45 MYT

Kuantan, 20 Februari 2018 - Polis hari ini menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya ejen bola sepak dengan menipu seorang pemain bola sepak melibatkan kerugian berjumlah RM3,000, minggu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek yang berusia 41 tahun ditahan di hadapan rumahnya di Taman Bukit Mentakab, Temerloh dekat sini.

"Suspek didakwa memperdayakan seorang pemain bola sepak warga asing yang kononnya beliau boleh menguruskan mangsa untuk bermain di Sarawak.

"Mangsa didakwa menyerahkan wang RM3,000 kepada suspek di hadapan Maybank di Mentakab bagi tujuan itu, namun tidak menerima sebarang perkembangan menyebabkan mangsa berasa dirinya ditipu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata siasatan juga mendapati tiada tawaran dilakukan Persatuan Bola Sepak Sarawak kepada mangsa.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh untuk memohon perintah tahanan reman esok.

Siasatan dijalankan ​​​​​di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda jika disabitkan kesalahan, katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 20 Feb 2018 2.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM