Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Mengamuk Guna Gunting Dan Parang Di Ipoh

Diterbitkan: 12 Jul 2017 3.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ipoh, 12 Julai 2017 - Polis menahan seorang lelaki selepas dia mengamuk menggunakan gunting dan parang di tebing Sungai Pari, berdekatan rumahnya di Jalan Leong Boon Swee di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-mengamuk-guna-gunting-dan-parang-di-ipoh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:21 MYT

Ipoh, 12 Julai 2017 - Polis menahan seorang lelaki selepas dia mengamuk menggunakan gunting dan parang di tebing Sungai Pari, berdekatan rumahnya di Jalan Leong Boon Swee di sini, malam tadi.     

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Abdul Rani Alias berkata suspek berumur 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 malam selepas polis mengambil masa sejam memujuk suspek.      

“Hasil siasatan awal mendapati berlaku pergelutan antara suspek dan ibunya di rumah mereka, namun tiada kecederaan dilaporkan.     

Polis masih melakukan siasatan lanjut mengenai punca suspek mengamuk dan turut merampas dua bilah parang dan sebilah gunting daripada suspek,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ketua Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir Putih di sini, hari ini.     

Abdul Rani berkata hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah kekerasan.     

Katanya, polis mengesyaki suspek kurang siuman dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.     

-- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 12 Jul 2017 3.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM