Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Jual Minuman Keras Secara Haram

Published: 08 Apr 2015 1.47 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
PEKAN, 8 April - Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki menjual minuman keras secara haram di rumahnya di Kampung Gelang, Jalan Rompin Lama dekat sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-jual-minuman-keras-secara-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:47 MYT

PEKAN, 8 April - Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki menjual minuman keras secara haram di rumahnya di Kampung Gelang, Jalan Rompin Lama dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata bertindak atas maklumat orang awam sepasukan anggota polis dengan diketuai ASP Ruslan Ahmad telah menyerbu rumah suspek pada pukul 4 petang semalam.

"Hasil pemeriksaan di dalam rumah suspek berusia 53 tahun itu, polis menemui 74 botol minuman keras antaranya jenama Kapal Layar dan Tian Loo Jiu 35," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek dipercayai menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen sejak beberapa bulan lepas.

Kata Yahaya aktiviti itu menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan kurang senang dan bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku sekiranya keadaan itu berterusan.

"Suspek kini ditahan di lokap Ibu pejabat Polis Daerah Pekan dan kes disiasat mengikut Seksyen 76 Akta Eksais 1976," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 08 Apr 2015 1.47 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM