Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Edar Dadah Sekitar Felda Selancar

Diterbitkan: 31 Oct 2017 7.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
ROMPIN, 31 Okt (Bernama) – Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di sekitara Felda Selancar 1, Muadzam Shah pada Ahad lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-edar-dadah-sekitar-felda-selancar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:42 MYT

POLIS TAHAN LELAKI EDAR DADAH SEKITAR FELDA SELANCAR

ROMPIN, 31 Okt (Bernama) – Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah  di sekitara Felda Selancar 1, Muadzam Shah pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata lelaki berumur 33 tahun itu ditahan pada kira-kira 9 malam selepas pasukan polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan suspek yang dipercayai sedang menunggu pelanggan.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, lelaki itu cuba melarikan diri menyebabkan berlaku pergelutan mengakibatkan suspek mengalami cedera ringan di bahagian muka dan tangan,

“Hasil pemeriksaan  di poket seluarnya, polis menemukan satu paket plastik berisi ketulan putih disyaki dadah jenis heroin seberat 83 gram dan satu paket plastik berisi ketulan jernih disyaki syabu seberat 1.8 gram yang kesemuanya dianggar bernilai RM1,570," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan dadah,  samun, curi, pecah rumah dan peras ugut, mengaku mengambil dan mengedar dadah secara kecil-kecilan sejak kira-kira sepuluh tahun lalu.

-- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 31 Oct 2017 7.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM