Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Dipercayai Terlibat Kes Bunuh Wanita Di Miri

Diterbitkan: 06 Dec 2017 7.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Miri, 6 Disember 2017 - Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes bunuh seorang wanita di Kampung Pulau Melayu di sini pada 2 Disember lalu berjaya ditahan polis, Isnin lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-dipercayai-terlibat-kes-bunuh-wanita-di-miri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:57 MYT

Miri, 6 Disember 2017 - Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes bunuh seorang wanita di Kampung Pulau Melayu di sini pada 2 Disember lalu berjaya ditahan polis, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek berusia 25 tahun itu diberkas di Pusat Komersial Pelita di sini pada pukul 7.30 pagi.

Menurutnya, suspek akan ditahan reman sehingga 11 Disember ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Suspek dipercayai ada kaitan dengan mangsa dan polis turut merampas kereta Proton Iswara yang digunakannya.

"Dengan tangkapan ini, polis yakin kes tersebut dapat diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi.

Pada 2 Disember lalu, seorang nelayan telah membuat laporan polis selepas menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan terapung dengan kepalanya dibungkus dengan guni.

Ketika ditemui, mayat wanita berusia 52 tahun itu masih berpakaian lengkap tapi sudah mulai reput dan berbau.

Sumber: Kosmo Online

ArtikelDiterbitkan 06 Dec 2017 7.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM