Polis Tahan Lelaki Cuba Rogol Kanak Kanak Perempuan
Tindakan seorang lelaki bertopeng cuba merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tidak kesampaian apabila tangan kanan penjenayah itu digigit dalam kejadian di Tanah Perkuburan Islam di Pulau Gaya dekat Kota Kinabalu kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, polis yang menerima aduan mengenai kejadian tersebut telah menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Kesuapan pada malam hari yangsama.
Menurut beliau, suspek yang ditahan itu seorang peganggur dan lelaki itu direman sehingga 7 Jun ini untuk siasatan lanjut.
Sumber: Kosmo