Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Cabul Wanita Di Surau

Published: 17 Jun 2015 3.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang wanita yang sedang tidur di dalam surau di sebuah pusat beli-belah, di Kajang, terkejut apabila punggungnya digosok oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-cabul-wanita-di-surau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:22 MYT

Seorang wanita yang sedang tidur di dalam surau di sebuah pusat beli-belah, di Kajang, terkejut apabila punggungnya digosok oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Dalam kejadian cabul jam 3.30 petang kelmarin, mangsa yang juga penyelia pusat beli belah berusia 24 tahun itu dikatakan tidur di dalam surau ketika waktu rehat.

Ketua Polis Daerah Kajang. ACP Willey Richard berkata, mangsa yang baru bertugas 15 hari di pusat beli-belah itu diraba salah seorang pekerja Ielaki di bangunan sama.

Beliau berkata, polis yang menjalankan siasatan telah berjaya memberkas suspek yang berusia 20 tahun di rumahnya yang terlelak di taman Wawasan, Hulu Langat.

Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 345 Kanun Keseksaan iaitu mencabul dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum 10 lahun atau sebatan atau ke dua-dua sekali.

Sumber: Harian Metro

Polis Tahan Lelaki Cabul Wanita Di Surau
ArticlePublished 17 Jun 2015 3.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM