Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Bertengkar Dengan Anggota Dbkl Di Cheras

Published: 26 Sep 2017 2.09 AM Updated: 15 Aug 2026 8.18 PM
Kuala Lumpur, 26 Sept 2017 - Polis menahan seorang lelaki yang bertengkar dengan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas tayar kereta miliknya dikapit dalam kejadian di Taman Segar, Cheras di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-bertengkar-dengan-anggota-dbkl-di-cheras
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:06 MYT

Kuala Lumpur, 26 Sept 2017 - Polis menahan seorang lelaki yang bertengkar dengan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas tayar kereta miliknya dikapit dalam kejadian di Taman Segar, Cheras di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pukul 6.30 petang tadi selepas dia hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk memberi keterangan.

Menurut Chong, dua anggota penguat kuasa DBKL bertindak mengapit tayar sebuah kereta jenis Perodua Myvi kerana melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di luar petak pada 12.46 tengah hari.

"Selepas itu, anggota DBKL menerima arahan untuk membuka kapit tayar kereta terbabit memandangkan pemilik kenderaan ingin membayar denda. 

"Apabila anggota DBKL ke lokasi kejadian, berlaku perselisihan faham antara pemilik kenderaan dengan anggota DBKL dan beberapa individu lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau berkata anggota penguat kuasa DBKL juga  telah membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Sentul semalam.

"Siasatan berhubung kes ini masih dijalankan," katanya. 

Rakaman berdurasi empat minit yang tersebar di laman sosial itu memaparkan seorang lelaki sedang bertengkar dengan anggota DBKL serta beberapa individu lain selepas dipercayai tidak berpuas hati apabila tayar keretanya dikapit.

Lelaki berkenaan turut dilihat mengeluarkan objek dipercayai senjata daripada kereta miliknya ketika pertengkaran itu.

-- BERNAMA



ArticlePublished 26 Sep 2017 2.09 AMUpdated 15 Aug 2026 8.18 PM