Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Aktif Ragut Di Daerah Timur Laut

Diterbitkan: 01 Sep 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Lelaki berusia 42 tahun yang menjadikan wanita dan pelancong sebagai mangsa ragut itu ditahan dalam serbuan di rumahnya di Teluk Kumbar, dekat sini pada pukul 3 petang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-aktif-ragut-di-daerah-timur-laut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:40 MYT

George Town, 1 Sept - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya 14 kes ragut di sekitar daerah Timur Laut, di sini Sabtu lepas.

Lelaki berusia 42 tahun yang menjadikan wanita dan pelancong sebagai mangsa ragut itu ditahan dalam serbuan di rumahnya di Teluk Kumbar, dekat sini pada pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatarash Wahid berkata polis merampas pelbagai barang daripada lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan itu, antaranya beg duit, kad ATM, wang tunai, sebuah motosikal dan 10 keping resit pajak gadai.

"Lelaki itu dipercayai aktif meragut di kawasan tumpuan ramai seperti di Lebuh Pantai dan Love Lane sejak awal tahun ini membabitkan kerugian kira-kira RM20,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Mior Faridalatrash berkata polis menahan sepasang kekasih berusia 19 dan 25 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun di Jalan Masjid Negeri di sini.

Pasangan kekasih yang positif dadah itu ditahan pada pukul 4.30 pagi semalam setelah dikesan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian di Jalan Masjid Negeri, katanya. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 01 Sep 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM