Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lapan Wanita Warga China Dalam Ops Noda Di Inanam

Published: 06 Dec 2017 8.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Kinabalu, 6 Dis 2017 - Lapan wanita warga China dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran ditahan dalam serbuan di sebuah premis pusat urut di Taipan Commercial, Inanam, dekat sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lapan-wanita-warga-china-dalam-ops-noda-di-inanam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 09:38 MYT

POLIS TAHAN LAPAN WANITA WARGA CHINA DALAM 'OPS NODA' DI INANAM

KOTA KINABALU, 6 Dis (Bernama) -- Lapan wanita warga China dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran ditahan dalam serbuan di sebuah premis pusat urut di Taipan Commercial, Inanam, dekat sini semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra berkata kesemua wanita berusia antara 27 dan 37 tahun itu ditahan dalam 'Ops Noda' pada jam 11.05 malam.

"Turut ditahan dalam operasi itu seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun yang merupakan penjaga premis berkenaan.

"Kita turut merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan pelacuran termasuk minyak urut. Antara barangan lain yang turut dirampas ialah wang tunai RM2,950, lesen untuk mengaji pekerja bukan pemastautin dan kertas yang mempunyai kod pekerja serta jenis perkhidmatan yang disediakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Karamunsing untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menjalankan aktiviti pelacuran.

-- BERNAMA
ArticlePublished 06 Dec 2017 8.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM