Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lapan Wanita Thailand Di George Town

Published: 24 Jul 2015 1.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Lapan wanita warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut ditahan dalam serbuan di sebuah pusat refleksologi di Medan Angsana, Bandar Baru di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lapan-wanita-thailand-di-george-town
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:27 MYT

George Town, 15 Julai - Lapan wanita warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut ditahan dalam serbuan di sebuah pusat refleksologi di Medan Angsana, Bandar Baru di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menyerbu pusat refleksologi itu pada pukul 5.30 petang dan turut menahan seorang wanita yang merupakan penjaga premis itu.

"Pemeriksaan awal mendapati lapan wanita yang ditahan itu berusia 19 hingga 42 tahun bekerja di premis berkenaan sejak beberapa bulan lepas dan tidak memiliki permit kerja yang sah," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada aktiviti maksiat yang
dijalankan di premis itu.

Mior Faridalatrash berkata semasa serbuan, ada pekerja yang cuba melarikan diri, bagaimanapun gagal kerana pusat refleksologi itu telah dikepung polis.

Katanya semua wanita warga asing itu ditahan menurut Seksyen 39 Peraturan Imigresen 1963 bagi membantu siasatan kerana menyalah guna pas lawatan sosial.

"Penjaga pusat refleksologi berusia 30-an itu pula ditahan menurut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit," katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 24 Jul 2015 1.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM