Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Semporna Rampas Rokok Bernilai Rm 53 938

Diterbitkan: 24 Jul 2015 1.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas sebanyak 2,750 bungkus rokok jenis Astro bernilai kira-kira RM53,938 dalam operasi di perairan daerah ini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-semporna-rampas-rokok-bernilai-rm-53-938
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:22 MYT

Semporna, 15 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas sebanyak 2,750 bungkus rokok jenis Astro bernilai kira-kira RM53,938 dalam operasi di perairan daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat ACP Mohamad Madun berkata kesemua rokok tersebut dirampas dalam operasi pada 7.15 petang di perairan Kampung Selamat.

"Ketika operasi itu pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan. Setelah menyedari kehadiran pasukan peronda, bot pam itu terus melarikan diri menuju ke kawasan bakau.

"Ketika cuba dihampiri, seorang juragan bot pam itu bertindak terjun dan melarikan diri ke kawasan pokok-pokok bakau dan gagal di kesan. Hasil pemeriksaan terhadap bot pam itu, mendapati tiga karung putih mengandungi 1,750 bungkus rokok Astro Hijau dan 1,000 bungkus rokok Astro Merah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati rokok tanpa cukai itu, dipercayai diseludup dari negara jiran dan untuk pasaran tempatan.

Kesemua rampasan itu kemudiannya dibawa ke markas operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana kesalahan menyeludup, katanya. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 24 Jul 2015 1.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM