Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lapan Lelaki Jadikan Kandang Kambing Sebagai Tempat Mengambil Dadah

Published: 06 Aug 2015 2.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan lapan lelaki dipercayai penagih dadah yang menjadikan kandang kambing sebagai tempat melepaskan ketagihan mereka dalam operasi empat jam di kawasan Felda Lepar Hilir 1 dekat sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lapan-lelaki-jadikan-kandang-kambing-sebagai-tempat-mengambil-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:28 MYT

Kuantan, 2 Ogos - Polis menahan lapan lelaki dipercayai penagih dadah yang menjadikan kandang kambing sebagai tempat melepaskan ketagihan mereka dalam operasi empat jam di kawasan Felda Lepar Hilir 1 dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, operasi dijalankan pada pukul 3 petang selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

"Sebaik menyedari kehadiran polis, semua lelaki itu cuba melarikan diri tetapi mereka berjaya ditahan kerana polis telah mengepung kawasan berkenaan, " katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing mendapati kesemua suspek berusia dalam lingkungan 25 hingga 48 tahun itu positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3 (1) ARPD 283/83.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang didakwa sering mencalarkan kenderaan milik jiran di kawasan Taman TAS di sini.

Katanya, beberapa penduduk sebelum ini mendakwa kenderaan mereka telah beberapa kali menjadi mangsa perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab.

"Perbuatan khianat itu bagaimanapun dapat dikesan selepas polis melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) salah seorang mangsa yang menunjukkan suspek yang melakukannya.

"Susulan itu, polis berjaya mengesan suspek sebelum menahannya di hadapan rumahnya di Taman TAS pada pukul 1 pagi tadi untuk siasatan lanjut mengikut Langkah-langkah Pencegahan Jenayah," katanya.-BERNAMA

ArticlePublished 06 Aug 2015 2.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM