Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lapan Individu Terlibat Kes Tembak Mati Ejen Hartanah Wanita

Diterbitkan: 20 Jul 2016 4.16 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.24 PM
Kuala Lumpur, 20 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu yang disyaki terlibat dalam kes seorang ejen hartanah wanita yang maut ditembak di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG, di sini, 6 Julai lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lapan-individu-terlibat-kes-tembak-mati-ejen-hartanah-wanita
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:48 MYT
Kuala Lumpur, 20 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu yang disyaki terlibat dalam kes seorang ejen hartanah wanita yang maut ditembak di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG, di sini, 6 Julai lepas. 

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam
laman rasmi Twitter beliau hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan semalam di sekitar Kuala Lumpur dan
Perak.

Khalid berkata kejayaan tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.
"Syabas STAFOC dan JSJ KL @PDRMsia selesaikan kes tembak wanita dan anak di
OUG, tangkap lapan orang di Kuala Lumpur dan Perak, rampas pistol semalam #GoPDRMGo," kata Khalid.

Pada 6 Julai lepas, seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 20 Jul 2016 4.16 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.24 PM