Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Double Seven

Published: 05 Jul 2017 6.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) – Polis menahan seorang lelaki dipercayai Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Double Seven (77) di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-ketua-kumpulan-kongsi-gelap-double-seven
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:52 MYT

POLIS TAHAN KETUA KUMPULAN KONGSI GELAP DOUBLE SEVEN

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) – Polis menahan seorang lelaki dipercayai Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Double Seven (77) di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata suspek yang berusia 40-an itu ditahan oleh Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan masa dan lokasi suspek berkenaan ditahan. 

Selain terlibat kegiatan kongsi gelap, suspek juga dipercayai terlibat dalam satu kes jenayah di Chenderiang, Perak pada tahun 2011.

-- BERNAMA
ArticlePublished 05 Jul 2017 6.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM