Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Ibu Ayam Warga Indonesia Di George Town

Published: 26 Oct 2015 6.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 26 Okt- Polis menahan seorang wanita Indonesia yang dipercayai penganjur pelacuran di sebuah apartment di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Jelutong di sini malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-ibu-ayam-warga-indonesia-di-george-town
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:10 MYT

George Town, 26 Okt- Polis menahan seorang wanita Indonesia yang dipercayai penganjur pelacuran di sebuah apartment di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Jelutong di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata wanita berusia 57 tahun yang dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak beberapa bulan lepas ditahan dalam serbuan polis ke apartment itu pada pukul 10.15 malam.

"Turut ditahan lima wanita iaitu tiga Indonesia dan dua Vietnam yang disyaki pelacur. Mereka yang berusia 26 hingga 32 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 52 tahun dipercayai pelanggan bagi membantu siasatan kes itu.- BERNAMA

ArticlePublished 26 Oct 2015 6.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM