Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Enam Suspek Susulan Pembunuhan Bill Kayong

Published: 01 Jul 2016 4.41 AM Updated: 15 Aug 2026 7.24 PM
Miri, 1 Julai - Polis menahan enam suspek berkaitan pembunuhan Setiausaha PKR Cawangan Miri, Allahyarham Bill Kayong, yang ditembak mati di persimpangan lampu isyarat di Lutong pada 21 Jun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-enam-suspek-susulan-pembunuhan-bill-kayong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:36 MYT
Miri, 1 Julai - Polis menahan enam suspek berkaitan pembunuhan Setiausaha PKR Cawangan Miri, Allahyarham Bill Kayong, yang ditembak mati di persimpangan lampu isyarat di Lutong pada 21 Jun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam
berkata suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang perempuan, berusia antara 22 dan 41 tahun, ditahan malam tadi dan pagi ini.

"Mereka kini direman tujuh hari untuk siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dev Kumar berkata pasukan petugas itu tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut supaya tidak mengganggu siasatan polis. 

Bill, 43, calon PKR kawasan Bekenu pada Pilihan Raya Sarawak ke-11 yang lalu, ditembak mati oleh individu tidak dikenali menggunakan senapang patah ketika berada di dalam kenderaan pikap Toyota Hiluxnya, di persimpangan lampu isyarat itu kira-kira 8.30 pagi, 21 Jun lepas.- Bernama
ArticlePublished 01 Jul 2016 4.41 AMUpdated 15 Aug 2026 7.24 PM