Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Enam Lelaki Tumpas Geng Towing Sasar Kenderaan Tersadai

Diterbitkan: 16 Nov 2016 9.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menumpaskan 'Geng Towing' selepas menahan enam lelaki tempatan dalam satu operasi khas sekitar Lembah Klang pada 2 dan 3 Nov lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-enam-lelaki-tumpas-geng-towing-sasar-kenderaan-tersadai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Kuala Lumpur, 16 November 2016 - Polis menumpaskan 'Geng Towing' selepas menahan enam lelaki tempatan dalam satu operasi khas sekitar Lembah Klang pada 2 dan 3 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata kesemua suspek kumpulan
yang menyasarkan kenderaan lama tersadai untuk dijual sebagai alat ganti berumur 31 hingga 36 tahun itu, ditahan di lokasi berasingan.

"Pada 2 Nov lepas, kami menahan seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan
berkenaan sebelum menyerbu sebuah bengkel kereta di Kepong dan menahan tiga
lelaki termasuk pemilik bengkel tersebut.

"Dua lagi suspek ditahan dalam serbuan di dua buah rumah di Taman Desa Jaya dan Taman Ehsan, di sini pada keesokannya," kata beliau kepada pemberita selepas
perjumpaan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.

Beliau berkata polis turut menemui lima kereta lama yang telah dileraikan di bengkel berkenaan dipercayai untuk dijual kepada kedai alat ganti kenderaan. 

Munusamy berkata kesemua suspek kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, ketika diminta mengulas perkembangan kes seorang lelaki berusia 34 tahun dan dua anaknya dijumpai mati di rumah mereka di Nova Apartment pada 26 Sept lepas, beliau berkata ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kanak-kanak itu mengesahkan kedua-duanya merupakan anak kepada lelaki terbabit.

Mayat kedua-dua kanak-kanak itu ditemui dalam dua bekas simpan barang besar yang ditutup dengan plastik manakala bapa mereka ditemui mati dalam keadaan terlentang di bilik tidur utama kediaman berkenaan.

Pada majlis itu, Munusamy turut menyampaikan sijil penghargaan Polis Diraja Malaysia kepada empat anggota pelbagai pangkat, dua pengamal media serta seorang awam.
- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 16 Nov 2016 9.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM