Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Enam Lelaki Rampas Komponen Kenderaan Dipercaya

Diterbitkan: 16 Jun 2014 4.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Polis menahan enam lelaki dan menemui 1,603 komponen kenderaan bernilai kira-kira RM5 juta serta tujuh kenderaan yang semuanya dipercayai barang curi dalam dua oper..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-enam-lelaki-rampas-komponen-kenderaan-dipercaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:56 MYT
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Polis menahan enam lelaki dan menemui 1,603 komponen kenderaan bernilai kira-kira RM5 juta serta tujuh kenderaan yang semuanya dipercayai barang curi dalam dua operasi berasingan baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata kesemua lelaki itu dipercayai terbabit dalam satu sindiket curi, lerai, simpan dan jual alat ganti kenderaan yang beroperasi di Lembah Klang, Melaka, dan Johor sejak dua tahun lepas.

Beliau berkata dalam operasi pertama Jumaat lepas, polis menahan dua lelaki berumur lingkungan 30-an selepas menemui pelbagai barang curi dalam tiga setor di kawasan Batu Berendam dan Durian Tunggal, Melaka.

Menurutnya ketiga-tiga setor yang terletak di dalam bangunan rumah itu dipercayai digunakan sebagai tempat untuk kumpulan berkenaan meleraikan barang-barang yang dicuri.

"Polis turut merampas enam kereta yang dipercayai dicuri di Lembah Klang, dan sebuah lori yang dicuri di Johor, susulan tangkapan itu," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Mohd Bakri berkata pihaknya kemudian melakukan operasi susulan pada hari berikutnya di lima tempat di Johor, membabitkan sebuah setor, dua kedai menjual alat ganti kenderaan serta dua buah rumah, dan menahan empat lelaki berumur sekitar 30-an bagi membantu siasatan.

Katanya keenam-enam lelaki itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Beliau berkata setakat ini polis menerima 81 laporan berhubung kehilangan kenderaan yang dipercayai berkaitan dengan sindiket itu, dan menurutnya polis percaya kira-kira 250 kes curi kenderaan jenis Waja, Wira, Iswara dan lori jenis Hicom dapat diselesaikan ekoran penahanan enam lelaki itu.

Mohd Bakri berkata hasil kedua-dua operasi itu, polis berjaya merampas alat-alat ganti kenderaan bernilai RM5 juta dipercayai barang curi yang terdiri daripada 1,603 alat ganti, termasuk enjin.

Menurutnya ini adalah rampasan terbesar yang pernah dicatatkan pihaknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan maklumat dari orang ramai amat diperlukan bagi menangkap beberapa lagi anggota sindiket itu yang masih bebas.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 4.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM