Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Empat Warga Asing Cuba Edar Dadah Di Johor Bahru

Published: 18 Jun 2014 6.19 AM Updated: 15 Aug 2026 7.37 PM
Johor Bahru, 5 Dis - Polis memberkas empat warga asing termasuk dua wanita yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di hadapan sebuah hotel di Jalan Kebun Teh, di sini dua hari ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-empat-warga-asing-cuba-edar-dadah-di-johor-bahru
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:51 MYT

Johor Bahru, 5 Dis - Polis memberkas empat warga asing termasuk dua wanita yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di hadapan sebuah hotel di Jalan Kebun Teh, di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dua suspek lelaki warga Nigeria dan wanita Vietnam serta Indonesia terbabit ditahan pada pukul 7.15 pagi.

"Polis merampas sekilogram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM500,000 daripada suspek," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurut Mohd Mokhtar, siasatan awal mendapati dua lelaki Nigeria berkenaan terbabit pengedaran dadah di ibu negara dan dipercayai cuba meluaskan pasaran di luar Lembah Klang.

Seorang suspek lelaki dan wanita Vietnam itu mendakwa mereka pelajar kolej swasta di Ampang, Selangor, manakala seorang lagi suspek lelaki mendakwa bekerja sebagai jurujual alat ganti kenderaan di Pelabuhan Klang sementara wanita Indonesia terbabit tidak bekerja, katanya.

Kesemua suspek yang berusia antara 22 dan 27 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah di negara ini dan ditahan reman sehingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Menurut Mohd Mokhtar dua daripada suspek juga disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.19 AMUpdated 15 Aug 2026 7.37 PM