Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Empat Wanita Indonesia Jadi Tukang Urut

Published: 30 Aug 2016 10.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
George Town, 30 Ogos 2016 - Polis menahan empat wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut dalam serbuan di sebuah rumah di Tanjung Tokong di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-empat-wanita-indonesia-jadi-tukang-urut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:17 MYT
George Town, 30 Ogos 2016 - Polis menahan empat wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut dalam serbuan di sebuah rumah di Tanjung Tokong di sini semalam.
 
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata bertindak hasil risikan dan intipan sejak minggu lepas, sepasukan polis bahagian kongsi gelap, perjudian dan maksiat (D7) telah menyerbu rumah yang dijadikan pusat urut itu pada pukul 9.40 malam.

"Dalam serbuan itu, ada wanita warga asing berkenaan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis bagaimanapun gagal kerana kami terlebih dahulu mengepung kawasan rumah tersebut. 
 
"Polis menahan empat wanita warga Indonesia berumur 26 hingga 41 tahun kerana melanggar syarat pas lawatan sosial dan tiada dokumen perjalanan diri yang sah," katanya di sini hari ini. 
   
Beliau berkata pihaknya turut menahan seorang wanita tempatan berusia 40-an yang dipercayai pemilik pusat urut berkenaan kerana menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen yang sah. 

Mior Faridalathrash berkata dalam operasi itu polis turut menahan tiga lelaki tempatan yang dipercayai pelanggan di pusat urut berkenaan bagi membantu siasatan kes. 

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung
aktiviti rumah urut atau pusat pelacuran agar menghubungi polis. - BERNAMA 
ArticlePublished 30 Aug 2016 10.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM