Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Empat Suspek Terbaru Kes Bunuh Warga Emas

Published: 16 Apr 2017 7.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Bharu, 16 April 2017 - Polis yakin dapat menyelesaikan kes samun dan bunuh warga emas di Kampung Batu Mengkebang, Kuala Krai, Rabu lepas, berikutan penahanan empat lagi suspek dalam dua tangkapan berasingan pada Jumaat dan semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-empat-suspek-terbaru-kes-bunuh-warga-emas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:30 MYT

Kota Bharu, 16 April 2017 - Polis yakin dapat menyelesaikan kes samun dan bunuh warga emas di Kampung Batu Mengkebang, Kuala Krai, Rabu lepas,  berikutan penahanan empat lagi suspek dalam dua tangkapan berasingan pada Jumaat dan semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad berkata penahanan itu hasil siasatan terhadap empat suspek yang ditahan  sebelum ini, selain keterangan daripada saksi yang mempunyai hubung kait dengan mangsa.

"Semua suspek yang berusia antara 25 dan 40 tahun itu ditahan di kediaman masing-masing di sekitar Kuala Krai antara 10 hingga 12 tengah malam. Hasil siasatan awal mendapati seorang suspek positif dadah. Dengan keterangan yang ada, kami yakin kes ini dapat segera diselesaikan," katanya.

Beliau kepada demikian kepada pemberita selepas melawat Wad Cempaka Hospital Raja Perempuan Zainab II sempena sambutan Hari Polis Ke-210 di sini, hari ini.

 Din berkata empat suspek terdahulu akan dibebaskan dengan jaminan polis manakala empat suspek terbaru itu akan direman seminggu bermula dari tarikh ditangkap bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian Rabu lepas, seorang warga emas Rokiah Mamat, 61, ditemui terbaring oleh anaknya, Che Hasmarizal Che Hassan, 30, dalam keadaan berlumuran darah di ruang dapur rumahnya pada  3.30 petang.

Siasatan polis mendapati suspek menggunakan senjata tajam untuk membunuh mangsa berikutan terdapat enam kesan tikaman pada belakang dan tengkuk mangsa selain keadaan rumah yang berselerak.

-- BERNAMA      

ArticlePublished 16 Apr 2017 7.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM