Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Empat Lelaki Rampas Pedang Samurai Dan Pisau Rambo

Diterbitkan: 28 Jul 2015 12.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan empat lelaki yang dipercayai dalam perjalanan melakukan kegiatan jenayah dan merampas pelbagai senjata antaranya pedang samurai dan pisau rambo di Lebuh Farquhar, di sini awal pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-empat-lelaki-rampas-pedang-samurai-dan-pisau-rambo
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:45 MYT

George Town, 25 Julai - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai dalam perjalanan melakukan kegiatan jenayah dan merampas pelbagai senjata antaranya pedang samurai dan pisau rambo di Lebuh Farquhar, di sini
awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata empat lelaki berusia 39 hingga 51 tahun itu ditahan oleh anggota polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 1.20 pagi.

"Polis menahan sebuah kereta jenis Proton Wira warna putih yang dinaiki
empat lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan awal polis menemui pelbagai peralatan untuk melakukan jenayah dalam kenderaan itu," katanya
di sini hari ini.

Beliau berkata antara peralatan yang ditemukan dalam kenderaan dinaiki empat lelaki berkenaan ialah pisau lipat, pedang samurai, parang, pisau rambo, kayu cota, batang besi, sarung tangan dan penutup mulut.

Selain itu, katanya polis turut merampas sejumlah dadah, dua rangkai anak kunci, beg pakaian dan nombor pendaftaran kenderaan yang dipercayai digunakan ketika mereka menjalankan kegiatan jenayah.

"Polis tidak menolak kemungkinan semua mereka yang berasal dari Kedah itu berada di negeri ini untuk menjalankan kegiatan jenayah seperti pecah rumah, samun dan curi kenderaan. Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Mior Faridalatrash berkata semua mereka positif dadah dan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Katanya semua lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 28 Jul 2015 12.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM