Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

PENJENAYAH MASUK LONGKANG ELAK DARI POLIS

Diterbitkan: 28 Jul 2015 12.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Suspek yang sebelum itu cuba memperlekehkah polis dengan memecut kenderaannya sehingga berlaku adegan kejar-mengejar selama lebih kurang 30 minit sebagai usaha terakhirnya melpaskan diri dari pihak berkuasa
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penjenayah-masuk-longkang-elak-dari-polis-20150728
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:59 MYT

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang enggan memberhentikan kenderaannya untuk diperiksa polis menerima padah setelah dia bersama kereta curinya jenis Honda Civic terbabas ke dalam longkang di Jalan Firma Kawasan Perindustrian Tebrau di Johor.

Suspek yang sebelum itu cuba memperlekehkah polis dengan memecut kenderaannya sehingga berlaku adegan kejar-mengejar selama lebih kurang 30 minit sebagai usaha terakhirnya melpaskan diri dari pihak berkuasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Supt. Beh Eng Lai berkata, ketika Berjaya ditahan, pihak polis menemui pistol tiruan yang dipercayai digunakan suspek untuk membuat kerja-kerja jenayah, pelbagai peralatan pecah rumah, pelbagai jenis telefon bimbit disyaki dicuri dan bermacam jenis jam tangan.

Sumber: Berita Harian
PENJENAYAH MASUK LONGKANG ELAK DARI POLIS

ArtikelDiterbitkan 28 Jul 2015 12.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM